Thursday, September 12, 2019


Resipi mudah PIZZA menggunakan KUALI AJAIB




Assalamualaikum....

Kebanyakan anak-anak zaman sekarang amat suka makan makanan segera seperti pizza. Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai restoran pizza yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi saya pula lebih suka buat pizza sendiri di rumah. Lebih terjamin dari segi penyediaan bahan-bahan dan kebersihan proses pembuatan pizza tersebut kannn..

So hari ni saya terlebih rajin nak berkongsi resepi mudah untuk buat pizza menggunakan kuali ajaib. Saya pasti ramai ibu-ibu memiliki kuali ajaib di rumah kan?? Jadi kali ni bolehlah memanfaatkan penggunaan kuali ajaib yang ada tu ye.

Ok jom kita jenguk resepi mudah dan ringkas di bawah. Adunan ni boleh dapat 2 biji pizza.







Bahan-bahannya:

Untuk Doh:

1. 320 gram Tepung Gandum
2. 1 1/2 sudu besar Mauripan 
3. 2 sudu besar Susu Pekat Manis
4. 1 sudu besar Gula Pasir
5. 2 sudu besar Planta 
6. 1 cawan Air Suam 
7. sedikit Garam 

Untuk Topping Pizza:

1. Sos 
2. Mozzarella Cheese
3. Sosej (grill terlebih dahulu bersama planta)
4. Bawang Holland
5. Capsicum 
6. Mayonis (kalau suka)
7. Oregano 


Cara-caranya: 

1. Ambil secawan air suam dan masukkan susu pekat manis, gula serta garam dan kacau sehingga larut. Kemudian masukkan mauripan. Biarkan beberapa minit sehingga mauripan nampak berbuih. Jangan terlalu lama ye.

2. Sediakan bekas untuk adunan dan ambil tepung gandum lalu dimasukkan planta. Gaul tepung dan planta sehingga sebati. Kemudian boleh masukkan mauripan yang telah direndam bersama air suam. Keluarkan mauripan yang terapung di bahagian atas dan masukkan ke dalam tepung tersebut. Masukkan bancuhan air suam tadi sedikit demi sedikit agar doh tidak terlalu lembik. Teruskan menguli sehingga doh tidak melekat di tangan. 




3. Apabila doh siap diuli, bolehlah dibahagikan dua seperti gambar di atas. Untuk setiap adunan ni akan dapat 2 biji pizza. Kemudian perap adunan ni dalam 10 minit untuk bagi doh mengembang dengan jayanya sebelum dibakar ye. Pastikan tutup bekas doh agar tidak masuk angin dan keras. 

4. Setelah doh kembang, ratakan doh di dalam kuali ajaib yang telah di sapu sedikit planta agar pizza tak melekat. Terpulang pada anda nak ratakan atas permukaan yang bergaris atau rata di dalam kuali ajaib ikut selera masing-masing. 




5. Apabila siap meratakan doh, sapukan sos pada permukaan doh tersebut menggunakan sudu. Susun sosej mengikut kreativiti masing-masing. Taburkan mozzarella cheese di atas sosej. Kemudian susun bawang holland dan capsicum. Di bahagian atas pula taburkan mozzarella cheese sekali lagi. Lagi banyak lagi sedap dan cair meleleh atas pizza tu. Kalau suka boleh picitkan mayonis sebelum tabur cheese yang last tadi ye. Akhir sekali taburkan oregano atas pizza sebelum mula dibakar. 

6. Bila nak bakar pizza tu pastikan api dapur gas tu yang paling kecil sekali. Kalau rasa2 kuali dan api dapur tu terlalu dekat, boleh tinggikan sikit kedudukan kuali dan api dapur agar pizza tak hangit. Jangan cakap saya tak bagitau ye..hehehee
Tempoh membakar tu lebih kurang 5-7 minit atau sehingga bawah pizza nampak kuning keemasan. Buka kuali ajaib dan rajin-rajin cek bawah pizza ye. 

Nak bagitau pasal topping ni tak semestinya ikut bulat2 apa yang saya tunjuk je. Boleh jugak letak daging atau ayam cincang yang telah dimasak ikut citarasa anda. Nak letak tuna ke, ayam rendang ke atau apa-apa je la yang sedap di tekak masing-masing.

Satu lagi, kalau nak bakar dalam oven pun boleh jugak. Suhu 180 darjah celsius mengikut kepanasan oven masing-masing jugak tau. Boleh bakar dalam 20-25 minit pastikan sentiasa cek pizza tu ye takut nanti rentung pulak..
.
.
.
.
.


Tadaaaaaaa!!! Dah siap PIZZA KUALI AJAIB 
.
.
.
.
.
SELAMAT MENCUBA!!!





Friday, April 12, 2019

Hujung Minggu di Lakepark Residence @ KL North & 99 Wonderland Park


30 Mac 2019 kami bermalam di Lakepark Residence @ KL North. Tujuan sebenar nak hangout di 99 Worderland Park tetapi memandangkan Birthday Dhia jatuh pada 29 Mac iaitu sehari sebelum tu, jadi kami pun decide bermalam di situ bersama keluarga yang lain. Bolehlah kami potong kek dan buat aktiviti lain jugak. 

Rumah yang kami sewa di Lakepark Residence tu berada di tingkat 33. Ada swimming pool, 3 bilik, 2 bilik mandi, dapur lengkap dengan alatan memasak, peti sejuk dan microwave. Selesa, cantik dan boleh buat macam rumah sendiri...hehehe

Kalau bermalam di Lakepark Residence ni dia bagi 2 access card untuk penyewa. So access card tu boleh digunakan untuk masuk ke 99 Wonderland Park. Satu kad boleh masuk 6 orang. Tak perlulah nak beli tiket masuk lagi ye. Boleh masuk banyak kali yang anda suka. Haa kan lebih menguntungkan.

Untuk makluman semua harga tiket masuk 99 Worderland Park untuk Dewasa adalah RM13 manakala Kanak-kanak adalah RM8.

Get ready nak potong kek 

Waktu check in ke Lakepark Residence sama je macam hotel dan resort yang lain iaitu pukul 3 petang. Tetapi semasa kami nak check in ke situ tak ada penyewa lain, jadi owner dengan baik hati bagi kami check in jam 2 petang. Selesai aktiviti makan-makan dan potong kek kami pun menjelajah ke seluruh Lakepark Residence dan juga 99 Wonderland Park. Kat bawah ni kami share gambar-gambar kenangan kami di sana. 













Wednesday, April 10, 2019

Tempat Menarik Untuk Bercuti - Kapitan Lodge, Port Dickson

Rumah utama

Lepas checkout dari D'Wharf Hotel & Residence minggu lepas, perjalanan diteruskan ke Melaka Bandaraya Bersejarah pulak. Kali ni bukan nak bercuti pun, sekadar menghantar anak dara sulung kami pulang ke asrama lepas habis 'bonding time' dengan famili.

Sebelum sampai Melaka, memang plan nak singgah tengok dengan mata kepala sendiri keunikan Kapitan Lodge ni selepas terpandang di Agoda beberapa minggu lepas. Alang-alang dah sampai PD kami luangkan sedikit masa untuk survey tempat tu. Mana tau kami nak buat family day atau bercuti satu hari nanti kan. Hehehehe

Kapitan Lodge merupakan sebuah rumah dengan 4 bilik di atas dan 1 bilik di bawah rumah. Ruang tamunya besar, ada dapur untuk memasak yang berada di bawah rumah tersebut. Bersebelahan dengan rumah besar terdapat 1 unit chalet dengan 2 katil queen dan 2 tilam single di tingkat loteng. View di sini memang sangat-sangat cantik dan tenang. Anak-anak ayam berlari-lari menambahkan lagi suasana keseronokan bermalam di situ. Kedudukan rumah ni menghadap laut dan Hotel Lexis Hibiscus yang sangat terkenal di Port Dickson. 

Oklah saya share kat sini gambar-gambar yang kami ambil untuk rujukan masa akan datang. Kalau ada yang berminat boleh contact owner tempat ni. No telefon 012717446 (Kapitan Lodge, Port Dickson) atau boleh booking terus di Agoda.