Friday, April 12, 2019

Hujung Minggu di Lakepark Residence @ KL North & 99 Wonderland Park


30 Mac 2019 kami bermalam di Lakepark Residence @ KL North. Tujuan sebenar nak hangout di 99 Worderland Park tetapi memandangkan Birthday Dhia jatuh pada 29 Mac iaitu sehari sebelum tu, jadi kami pun decide bermalam di situ bersama keluarga yang lain. Bolehlah kami potong kek dan buat aktiviti lain jugak. 

Rumah yang kami sewa di Lakepark Residence tu berada di tingkat 33. Ada swimming pool, 3 bilik, 2 bilik mandi, dapur lengkap dengan alatan memasak, peti sejuk dan microwave. Selesa, cantik dan boleh buat macam rumah sendiri...hehehe

Kalau bermalam di Lakepark Residence ni dia bagi 2 access card untuk penyewa. So access card tu boleh digunakan untuk masuk ke 99 Wonderland Park. Satu kad boleh masuk 6 orang. Tak perlulah nak beli tiket masuk lagi ye. Boleh masuk banyak kali yang anda suka. Haa kan lebih menguntungkan.

Untuk makluman semua harga tiket masuk 99 Worderland Park untuk Dewasa adalah RM13 manakala Kanak-kanak adalah RM8.

Get ready nak potong kek 

Waktu check in ke Lakepark Residence sama je macam hotel dan resort yang lain iaitu pukul 3 petang. Tetapi semasa kami nak check in ke situ tak ada penyewa lain, jadi owner dengan baik hati bagi kami check in jam 2 petang. Selesai aktiviti makan-makan dan potong kek kami pun menjelajah ke seluruh Lakepark Residence dan juga 99 Wonderland Park. Kat bawah ni kami share gambar-gambar kenangan kami di sana. 













Wednesday, April 10, 2019

Tempat Menarik Untuk Bercuti - Kapitan Lodge, Port Dickson

Rumah utama

Lepas checkout dari D'Wharf Hotel & Residence minggu lepas, perjalanan diteruskan ke Melaka Bandaraya Bersejarah pulak. Kali ni bukan nak bercuti pun, sekadar menghantar anak dara sulung kami pulang ke asrama lepas habis 'bonding time' dengan famili.

Sebelum sampai Melaka, memang plan nak singgah tengok dengan mata kepala sendiri keunikan Kapitan Lodge ni selepas terpandang di Agoda beberapa minggu lepas. Alang-alang dah sampai PD kami luangkan sedikit masa untuk survey tempat tu. Mana tau kami nak buat family day atau bercuti satu hari nanti kan. Hehehehe

Kapitan Lodge merupakan sebuah rumah dengan 4 bilik di atas dan 1 bilik di bawah rumah. Ruang tamunya besar, ada dapur untuk memasak yang berada di bawah rumah tersebut. Bersebelahan dengan rumah besar terdapat 1 unit chalet dengan 2 katil queen dan 2 tilam single di tingkat loteng. View di sini memang sangat-sangat cantik dan tenang. Anak-anak ayam berlari-lari menambahkan lagi suasana keseronokan bermalam di situ. Kedudukan rumah ni menghadap laut dan Hotel Lexis Hibiscus yang sangat terkenal di Port Dickson. 

Oklah saya share kat sini gambar-gambar yang kami ambil untuk rujukan masa akan datang. Kalau ada yang berminat boleh contact owner tempat ni. No telefon 012717446 (Kapitan Lodge, Port Dickson) atau boleh booking terus di Agoda.




























Jalan-jalan hujung minggu Port Dickson - D'Wharf Hotel & Residence

Hujung minggu lepas 6-7 April 2019 kami sekeluarga ke Port Dickson sekadar menghabiskan masa bersama. Biasalah bila anak-anak ada yang tinggal di asrama, sesekali kami cuti bersama sambil mengeratkan lagi silaturrahim. 

Kami booking bilik melalu Agoda.com. Memandangkan nak rasa semua hotel di Port Dickson, kali ni kami pilih D'Wharf Hotel & Residence. Tempat ni menarik jugak sebab pantai pun private tak campur dengan orang luar. Bersih dan terjaga. Ada swimming pool. Bilik agak besar dan muat untuk menampung kami 7 sekeluarga. Tapi tak sempat nak selfie dalam bilik sebab puteri 2 ketul tu beraksi lasak lantas mambantutkan hasrat kami. So tak ada gambar bilik dapat ambil. Hehehe
makan2 di balkoni


view cantik dari bilik
Untuk makluman semua, kalau bermalam kat sini jangan risau bab makan-makan. Memang banyak kedai makan. Ada MCD, Kenny Rogers, Thai Restaurant, pasaraya ada 2 tak silap Billion & Regina (agak baru juga). So kalau nak beli makanan atau keperluan lain memang sangat mudah dengan jalan kaki je. Nak memancing pun boleh di luar kawasan hotel ye area Waterfront. 

Dalam hotel tu sendiri ada pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak. Kami belanja gambar-gambar, biar gambar yang berbicara pulak...

nak swimming

sukanya main air kannn




view dari swimming pool level 5




bangunan hotel  
view tepi pantai

antara mainan yang ada, naik train rm5 seorang
Oklah itu sahaja untuk kali ni. Nanti kita sambung cerita lain pulak ye.