Hujung minggu lepas 6-7 April 2019 kami sekeluarga ke Port Dickson sekadar menghabiskan masa bersama. Biasalah bila anak-anak ada yang tinggal di asrama, sesekali kami cuti bersama sambil mengeratkan lagi silaturrahim.
Kami booking bilik melalu Agoda.com. Memandangkan nak rasa semua hotel di Port Dickson, kali ni kami pilih D'Wharf Hotel & Residence. Tempat ni menarik jugak sebab pantai pun private tak campur dengan orang luar. Bersih dan terjaga. Ada swimming pool. Bilik agak besar dan muat untuk menampung kami 7 sekeluarga. Tapi tak sempat nak selfie dalam bilik sebab puteri 2 ketul tu beraksi lasak lantas mambantutkan hasrat kami. So tak ada gambar bilik dapat ambil. Hehehe
 |
| makan2 di balkoni |
 |
| view cantik dari bilik |
Untuk makluman semua, kalau bermalam kat sini jangan risau bab makan-makan. Memang banyak kedai makan. Ada MCD, Kenny Rogers, Thai Restaurant, pasaraya ada 2 tak silap Billion & Regina (agak baru juga). So kalau nak beli makanan atau keperluan lain memang sangat mudah dengan jalan kaki je. Nak memancing pun boleh di luar kawasan hotel ye area Waterfront.
Dalam hotel tu sendiri ada pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak. Kami belanja gambar-gambar, biar gambar yang berbicara pulak...
 |
| nak swimming |
 |
| sukanya main air kannn |
 |
| view dari swimming pool level 5 |
 |
| bangunan hotel |
 |
| view tepi pantai |
 |
| antara mainan yang ada, naik train rm5 seorang |
Oklah itu sahaja untuk kali ni. Nanti kita sambung cerita lain pulak ye.
No comments:
Post a Comment